PAYA Rumput A ceria selepas muncul juara Kejohanan Futsal LSK 2023 Peringkat Daerah Melaka Tengah. FOTO NAZRI ABU BAKAR
PAYA Rumput A ceria selepas muncul juara Kejohanan Futsal LSK 2023 Peringkat Daerah Melaka Tengah. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar


Melaka: Pasukan Paya Rumput A muncul juara Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti (LSK) 2023 Peringkat Daerah Melaka Tengah selepas menewaskan Teman FT 1-0 pada perlawanan akhir di Komplek Sukan Hang Jebat baru-baru ini.

Kemenangan Paya Rumput A memboleh mereka membawa pulang RM500 sementara Teman FT (RM300) dan tempat ketiga milik Kolex FT (RM200).

Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka, Mohd Hazriq Abu Zarin berkata, sebanyak 48 pasukan bersaing dalam kejohanan berkenaan yang menjadi pentas pemain muda memperaga bakat dan kebolehan mereka dalam sukan terbabit.

"Johan dan naib Johan peringkat Daerah Melaka Tengah bakal mewakili daerah terbabit dalam acara futsal LSK Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada bulan depan.

"Program Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka dengan kerjasama dan kolaborasi Kelab Bola Sepak Bertam Ulu berkenaan menyaksikan ramai bakat baharu yang mampu diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Datuk Wira Yasin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 7:01 PM