- Foto hiasan
- Foto hiasan
BERNAMA

Melaka: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata sepasukan anggota polis dan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu digerakkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan jam 4.16 petang.

"Pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri, selain terdapat ikatan menggunakan tali nilon dibalut plastik hitam melilit bahagian pinggangnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata simati turut diikat bersama sebiji batu dengan tali berukuran lebih kurang 17.7 sentimeter serta terdapat kesan gigitan binatang di beberapa bahagian lengan mangsa.

"Tiada sebarang saksi yang berada di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2024 @ 11:23 AM