TUNKU Ismail bersama Pan-gon (tengah) dan Mohd Yusoff pada sesi pertemuan di ibu negara, malam tadi. FOTO X HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
TUNKU Ismail bersama Pan-gon (tengah) dan Mohd Yusoff pada sesi pertemuan di ibu negara, malam tadi. FOTO X HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mendedahkan 'bahaya' yang dimaksudkannya pada sidang media khas, semalam bukan dituju kepada mana-mana pihak atau kebimbangan tentang keselamatannya di negara ini.

Sebaliknya, ia membabitkan isu taktikal pasukan serta salah tafsir sesetengah pihak daripada konteks sebenar yang dimaksudkan 'bahaya' itu.

Pan-gon berkongsi perkara itu dalam pertemuan tertutup bersama pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam tadi.

Selain Tunku Ismail, turut diundang Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan beberapa wakil media tertentu serta sebuah laman media sosial yang dikatakan punca tercetusnya provokasi di laman sosial.

Difahamkan, perbincangan itu diadakan dalam suasana harmoni dengan Pan-gon menerangkan maksud sebenar perkataan 'bahaya' di depan Tunku Ismail dan tetamu lain.

Dalam sesi itu, Pan-gon turut meluahkan perancangannya selepas pulang ke Korea Selatan.

Terdahulu, Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor mahu mengetahui apakah dimaksudkan 'bahaya' yang diluahkan Pan-gon hingga mencetuskan polemik dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Pada sidang media khas di Wisma FAM semalam, jurulatih itu seolah-olah merahsiakan perkara sebenar di sebalik keputusan melepaskan jawatan sebagai pengendali skuad Harimau Malaya.

Kata Pan-gon, beliau tidak boleh berkongsi perkara sebenar kerana ia dianggap 'bahaya' dan hanya diketahui oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Semalam, Pan-gon sah meletakkan jawatan selaku pengendali skuad kebangsaan selepas dua tahun empat bulan membimbing pasukan negara.

Susulan keputusannya itu, bekas pembantunya iaitu Pau Marti Vicente diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad negara sebagai pemangku jurulatih.

Apa dimaksudkan bahaya oleh Pan-gon: Tunku Ismail

Pan-gon mungkin sertai Ulsan Hyundai

Pan-gon akui bahaya dedahkan faktor besar letak jawatan

Pan-gon 'menyesal' letak jawatan

Faisal sedih pengunduran Pan-gon

Empat minggu pujuk Pan-gon tapi gagal

Pan-gon letak jawatan pengendali Harimau Malaya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2024 @ 10:56 AM