Pemain import Pahang Rangers FC, Amin Nasrollah Zadeh (kanan) dan Matheus Gonzalez. -FOTO Rafi Mamat
Pemain import Pahang Rangers FC, Amin Nasrollah Zadeh (kanan) dan Matheus Gonzalez. -FOTO Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Misi mencatat kemenangan kedua digalas barisan pemain Pahang Rangers FC yang bertandang ditempat lawan bertemu KPT-PST Mustang pada saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2023 di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic Shah Alam, Selangor esok.

Rekod cemerlang membenam Sabah 9-1 di tempat sendiri pada 18 Februari lalu, pada perlawanan pembukaan MPFL menjadi sandaran kepada skuad bimbingan jurulatih Gerard Casas Ullastre untuk mencatat kejayaan kedua berturut-turut.

Bagi Gerard Casas, perlawanan dengan KPT-PST Mustang petang esok pastinya lebih mencabar kerana lawan akan membariskan beberapa pemain berpengalaman yang mampu memberi tentangan sengit pada Pahang Rangers.

Katanya, beraksi di tempat lawan dibantu sokongan peminat juga memberi sedikit kelebihan kepada mereka yang pastinya akan berusaha mencatat keputusan terbaik.

"Saya berharap pemain Pahang Rangers dapat memberi sepenuh tumpuan pada permainan sebenar mereka dan tidak terlalu banyak melakukan kesilapan yang dapat mengundang jaringan pada lawan.

"Pemain diingatkan juga supaya tidak terlalu memandang rendah pada lawan, faktor berkenaan boleh mengundang padah," katanya yang berharap prestasi pemain berada pada kemuncak.

Bagi pemain import Tok Gajah, Amin Nasrollah Zadeh rekod kemenangan pada perlawanan pertama MPFL musim ini sebelum pastinya akan dibawa pada pertemuan dengan KPT-PST Mustang petang esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2023 @ 11:05 AM