NKETIAH jadi taruhan terbaharu Three Lions. FOTO Reuters
NKETIAH jadi taruhan terbaharu Three Lions. FOTO Reuters
Reuters

London: Penyerang Arsenal, Eddie Nketiah menerima panggilan senior pertama untuk England ketika pengurus Gareth Southgate menamakan skuadnya untuk pertembungan Kumpulan C Euro 2024 minggu depan di Ukraine.

Pemain pertahanan muda Chelsea, Levi Colwill juga berada dalam skuad tetapi Raheem Sterling tidak tersenarai walaupun memulakan musim baharu yang mengagumkan.

Nketiah menjadi tonggak skuad bawah 21 tahun England dan memulakan musim dengan baik untuk Arsenal dengan dua gol dalam tiga perlawanan pembukaan Liga Perdana mereka.

"Dua pemain muda yang bermain dengan sangat baik," kata Southgate mengenai Nketiah dan Colwill.

"Mereka bermain dengan baik dengan pasukan junior kami. Levi sempat bersama kami pada musim panas."

Southgate juga mengekalkan kepercayaan dengan pertahanan Manchester United, Harry Maguire walaupun dia tidak beraksi untuk kelabnya setakat musim ini, manakala Jordan Henderson, yang menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq pada Julai, dikekalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Ogos 2023 @ 10:40 PM