NKETIAH meraikan kejayaan berjaya melakar hatrik ketika menentang Sheffield United. FOTO Reuters
NKETIAH meraikan kejayaan berjaya melakar hatrik ketika menentang Sheffield United. FOTO Reuters
AFP

London: Bos Arsenal, Mikel Arteta berkata Eddie Nketiah adalah penyerang berkelas tinggi dengan keupayaan untuk menjadi lebih baik selepas menjaringkan hatrik ketika membelasah Sheffield United 5-0.

Kemenangan The Gunners membawa anak buah Arteta berada dalam jarak dua mata dari musuh utara London, Tottenham yang berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan sama ada Arsenal mempunyai penjaring semula jadi yang diperlukan untuk merebut gelaran daripada Manchester City.

Nketiah mungkin akan sentiasa diturunkan selepas Gabriel Jesus mengalami kecederaan hamstring dalam kemenangan 2-1 Liga Juara-Juara ke atas Sevilla.

Arteta memuji penjaring terbanyak sepanjang zaman England di peringkat antarabangsa bawah 21 tahun itu.

"Bagi saya, dia berada pada tahap tertinggi," kata Arteta.

"Dia memulakan lapan perlawanan daripada 10 perlawanan EPL, jadi ia memberitahu anda betapa kami dan saya mempercayainya dan kepentingan yang ada dalam pasukan.

"Sungguh gembira untuknya, seorang pemain akademi, berjaya melakukan hatrik dalam EPL.

"Dia perlu menikmati masa ini, dia berhak sepenuhnya, dan berharap banyak lagi yang akan datang."

Nketiah terpaksa menjadi pengganti kepada Jesus untuk tempoh yang lama musim lalu selepas pemain Brazil itu mengalami kecederaan lutut pada Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2023 @ 12:36 PM