MOURINHO (kiri) memberi arahan kepada pemain. -FOTO AFP
MOURINHO (kiri) memberi arahan kepada pemain. -FOTO AFP
AKSI separuh akhir Liga Europa Roma melawan Leverkusen. -FOTO Reuters
AKSI separuh akhir Liga Europa Roma melawan Leverkusen. -FOTO Reuters
AFP

Leverkusen, Jerman: Skuad bimbingan Jose Mourinho, Roma kekal di landasan untuk merangkul trofi Eropah kedua dalam dua musim selepas seri tanpa jaringan di Bayer Leverkusen sekali gus membawa mereka mara ke final dengan agregat 1-0.

Pemenang Liga Persidangan Europa itu lebih banyak bertahan ketika pasukan tuan rumah giat memburu gol mereka untuk mencari gol penyamaan.

Pasukan pelawat yang lebih banyak bertahan itu akan berdepan juara enam kali Sevilla pada perlawanan akhir di Budapest 31 Mei ini selepas pasukan Sepanyol itu mengatasi Juventus di masa tambahan pada satu lagi aksi separuh akhir.

Mourinho berkata "hari ini satu lagi kegembiraan yang besar dapat mara ke satu lagi final Liga Europa."

Sambil menambah "pasukan yang sukar dipercayai."

Mourinho berkata "Saya tidak tahu sama ada saya boleh meminta lebih banyak tetapi mereka ini berhak mendapat sesuatu yang istimewa."

Kapten Roma Lorenzo Pellegrini berkata: "Terdapat banyak perkara yang Roma boleh dan mesti perbaiki, tetapi sebagai pasukan sebenar, sebagai sebuah keluarga, kami berjaya dengan pencapaian ini."

Pengendali Leverkusen Xabi Alonso berkata, "Saya tidak akan menangis," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan kerana pasukannya mempunyai "banyak sebab untuk optimis."

"Saya gembira, gembira dan bangga dengan pemain dan cara mereka mencuba sehingga ke akhirnya. Kami mesti meneruskan dengan kami akan terus mendongak ke atas dan teruskan.

Pemain tengah Leverkusen, Kerem Demirbay menuduh Mourinho menggunakan taktik pertahanan yang "jelek".

"Ia memalukan dalam aksi separuh akhir di tahap yang tinggi, jenis permainan ini boleh diberi ganjaran," katanya. "Mereka membuat perkara yang sangat hodoh pada akhirnya."

Roma masuk ke dalam permainan dengan kelebihan tipis 1-0, hasil jaringan separuh masa kedua daripada pemain tengah kelahiran Rom, Edoardo Bove pada perlawanan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2023 @ 7:40 AM