PENGURUS Roma, Jose Mourinho (tengah) berjalan selepas memeriksa padang di National Arena di Tirana menjelang final Liga Konferensi menentang Feyenoord. FOTO AFP
PENGURUS Roma, Jose Mourinho (tengah) berjalan selepas memeriksa padang di National Arena di Tirana menjelang final Liga Konferensi menentang Feyenoord. FOTO AFP
AFP

Milan: Jose Mourinho berkata, pengalamannya memenangi piala di Eropah tidak banyak membantu pada ketika Roma hanya selangkah untuk memenangi trofi utama pertama persaingan antara benua.

Mourinho sudah dua kali memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Piala UEFA dan Liga Europa, tetapi dia mengakui tertekan menjelang final Liga Konferensi dengan Feyenoord di Tirana, awal pagi esok.

"Tiada perkara lain kecuali final ini di dalam kepala saya sehingga esok," kata Mourinho kepada media.

"Pengalaman lalu tidak akan membantu, saya jangkakan ia membantu tetapi sebenarnya tidak. Saya sama seperti ketika menguruskan pasukan untuk final pertama."

Mourinho, 59, berjaya memenangi hati penyokong pada musim pertama di ibu negara Itali itu apabila berjaya mengesahkan tempat ke Liga Europa, musim depan dan membawa Roma ke piala pertama Eropah dalam tempoh hampir tiga dekad.

He memastikan Roma mara kejohanan kelas dua di Eropah itu selepas menang 3-0 di pada hari terakhir Serie A, sekali gus menduduki tempat keenam liga.

"Kami mampu menang perlawanan terakhir itu dan kini ada satu lagi sasaran perlu dicapai," tambahnya.

"Kini, kami perlu melakukan segala-galanya untuk mencipta sejarah."

Kapten Roma, Lorenzo Pellegrini berkata, dia akan bermain perlawanan paling penting dalam kariernya apabila membawa pasukan di tempat kelahirannya ke final.

Pemain tengah Itali itu yang dilahirkan dan dibesarkan di Rom selain mencipta karier daripada akademi kelab itu, menjadi tonggak penting buat Mourinho dan mahu memberikan trofi pertama buat Roma sejak 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2022 @ 11:13 AM