REAKSI Mourinho pada perlawanan awal pagi tadi. FOTO Reuters
REAKSI Mourinho pada perlawanan awal pagi tadi. FOTO Reuters
AFP

Rom: Edoardo Bove meledak gol untuk memastikan Roma menang 1-0 ke atas Bayer Leverkusen dalam perlawanan sengit separuh akhir pertama Liga Europa, awal pagi tadi.

Bove menjaringkan gol tunggal pada minit ke-63 di Stadio Olimpico bagi membolehkan pasukan bimbingan Jose Mourinho itu mempunyai sedikit kelebihan menjelang aksi timbal balik di Jerman minggu depan.

Kemenangan itu memberi peluang kepada Jose Mourinho untuk mara ke final Eropah buat kedua selaku pengendali Roma selepas membantu memenangi Liga Konferensi Eropah musim lalu.

"Semuanya bergantung kepada usaha setiap pemain pada malam ini yang beraksi dengan keinginan dan mentaliti yang betul.

"Saya sudah melalui banyak perkara sepanjang karier saya tetapi benar-benar merasakan sokongan padu penyokong malam ini.

"Barisan pemain pula bertindak balas dengan keinginan untuk menggembirakan penyokong mereka," kata Mourinho kepada Sky Sport.

Roma meraih kemenangan itu meskipun tidak membarisi kesebelasan utama selepas beberapa pemain tidak cergas untuk beraksi.

Pemain bersatus bintang, Paulo Dybala dan Georginio Wijnaldum hanya masuk pada 15 minit terakhir untuk membantu pasukan yang keletihan.

"Roma agak berbahaya pada separuh masa kedua, tetapi kami yakin mampu menewaskan mereka di halaman sendiri," kata penjaga gol Leverkusen, Lukas Hradecky.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2023 @ 8:24 AM