Scaloni (kiri) memerhatikan sesi latihan Piala Dunia di Qatar. FOTO AFP
Scaloni (kiri) memerhatikan sesi latihan Piala Dunia di Qatar. FOTO AFP
Reuters

Doha: Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni bimbang mengenai tempoh pemulihan yang terhad menjelang pertembungan 16 terbaik Piala Dunia berdepan Australia namun berjanji pasukannya akan mempamerkan aksi terbaik demi memastikan tiada lagi kejutan besar di kejohanan itu.

Argentina menewaskan Poland pada Rabu untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati dan akan berdepan Australia pada Sabtu.

Scaloni dan pemain tengah, Rodrigo De Paul berkata mereka tetap menjalani latihan sekali pun mengejar masa dan proses pemulihan sejak dua hari lalu.

"Australia menduduki tempat kedua peringkat kumpulan, beraksi jam 6 petang dan kami menduduki tempat teratas kumpulan tetapi beraksi jam 10 malam. Kami tidur jam 4 pagi dan ia ada impak apabila beraksi dalam tempoh 48 jam.

"Kami terpaksa membanting tulang mengenai perkara ini untuk bersaing, kami tahu bertapa sukar Piala Dunia kali ini, ini adalah bola sepak.

"Kami lihat apa yang berlaku semalam (apabila Jerman dan Belgium disingkirkan daripada peringkat kumpulan) tetapi ini bukan kejutan.

"Apabila anda kata pasukan kebangsaan besar berhak untuk berada dalam peringkat seterusnya, ia tidak selalunya berlaku." kata Scaloni.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 12:33 AM