MESSI (kanan) berlatih bersama rakan sepasukan sebelum menentang UEA. FOTO EPA
MESSI (kanan) berlatih bersama rakan sepasukan sebelum menentang UEA. FOTO EPA
Reuters

Abu Dhabi: Penyerang Argentina, Lionel Messi gembira dengan persiapan pasukan menjelang Piala Dunia Qatar, kata ketua jurulatih, Lionel Scaloni menjelang perlawanan pemanas badan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi.

Argentina memburu gelaran ketiga Piala Dunia dan yang pertama sejak 1986 sambil Messi dijangka memainkan peranan penting pada edisi kali ini.

"Saya tengok dia seperti biasa, teruja untuk menikmati Piala Dunia," kata Scaloni menjelang perlawanan persahabatan, hari ini.

"Dia tahu bagaimana untuk bermain apabila memakai jersi ini. Dia menikmatinya bersama rakan sepasukan, sesi latihan, penginapan dan semua proses."

Argentina kehilangan pemain tengah, Giovani Lo Celso untuk kejohanan di Qatar dan Scaloni mengakui sukar untuk menggantikan pemain itu.

"Kebaikan bola sepak adalah tidak semestinya pemain sama dalam pasukan," kata Scaloni.

"Tetapi, ia bergantung kepada apa yang dituntut dalam setiap perlawanan."

Scaloni berkata, Marcos Acuna turut akan dinilai sebelum perlawanan dengan UAE kerana kecederaan betis.

Perlawanan itu adalah aksi terakhir Argentina sebelum memulakan kempen Piala Dunia menentang Arab Saudi pada 22 November.

Mereka turut berdepan Mexico dan Poland dalam Kumpulan C.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2022 @ 11:57 AM