MBAPPE (kanan) berebut bola depan pemain tengah Auxerre, Rayan Raveloson. FOTO AFP
MBAPPE (kanan) berebut bola depan pemain tengah Auxerre, Rayan Raveloson. FOTO AFP
AFP

Paris: Kylian Mbappe menjaringkan satu gol dan tidak cedera bersama dua lagi bintang Paris Saint-Germain, Lionel Messi dan Neymar pada perlawanan terakhir Ligue 1 sebelum Piala Dunia, dengan membelasah Auxerre, 5-0, hari ini.

Bagaimanapun, berita kurang gembira menimpa skuad Piala Dunia Maghribi apabila penyerang Marseille, Amine Harit diusung ke luar padang ketika pasukannya menang 3-2 ke atas Monaco.

Jurulatih PSG, Christophe Galtier membuat keputusan tidak merehatkan trio penggempur itu ketika juara Perancis itu mahu menjarakkan kedudukan di tangga teratas liga sebelum rehat sempena Piala Dunia di Qatar.

"Tiada pemain memberikan isyarat menyatakan mereka dalam ketakutan," kata Galtier.

"Ketaksuban saya adalah pemain boleh menyatakan secara bebas mereka tidak takut kepada kecederaan.

"Pemain memberi maklum balas yang serius dan fokus. Saya akan sedih jika ada pemain cedera sebelum Piala Dunia dan membuat pertukaran untuk menjaga mereka."

Mbappe menjaringkan giol pembukaan pada minit ke-11 yang juga gol liga ke-21 musim ini selepas berganding baik dengan Messi dan dua lagi pemain yang akan beraksi di Piala Dunia iaitu pemain Maghribi, Achraf Hakimi dan pemain Portugal, Nuno Mendes.

Pemain Sepanyol, Carlos Soler menjaringkan gol kedua pada minit ke-51 sebelum mengumpan untuk Hakimi menjaringkan gol ketiga, enam minit kemudian.

Dua pemain yang tidak tersenarai ke Qatar, Renato Sanches dan Hugo Ekitike masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan dua lagi gol.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2022 @ 9:49 AM