Pemain tengah Perancis, Aurelien Tchouameni. FOTO AFP
Pemain tengah Perancis, Aurelien Tchouameni. FOTO AFP
Agensi

Doha: Aurelien Tchouameni mendakwa rakan sepasukannya di Perancis, Kylian Mbappe adalah pemain terbaik di dunia menjelang aksi final Piala Dunia berdepan Argentina diketuai Lionel Messi.

Pemain tengah Real Madrid memuji sikap bintang PSG itu - yang menyarungkan jersi Maghribi milik rakan karibnya Achraf Hakimi ketika meraikan kejayaan mereka pada Rabu dan memberi amaran bahawa Mbappe akan membuktikan kemampuannya pada Ahad.

Tchouameni berpendapat Mbappe seorang pemain yang mempunyai kebolehan lebih baik berbanding Messi selepas membantu kemenangan 2-0 ke atas Maghribi untuk membawa mereka mara ke final.

"Bagi saya, Kylian adalah yang terbaik... dan dia akan membuktikannya pada Ahad," kata Tchouameni dipetik daripada TYC Sports.

Gandingan tengah Tchouameni, Antoine Griezmann pula mempunyai pandangan berbeza dengan berkata pertembungan dengan Messi pada final adalah sama sekali sesuatu yang berbeza dan mendakwa pemain Argentina itu masih antara terhebat di dunia.

"Messi adalah pemain terbaik di dunia ketika ini," katanya pada VM Express.

Tchouameni menyinar bersama Perancis di Qatar - mendedahkan ia bukan perkara mudah 11 lawan 1, dan pasukannya perlu melakukan lebih daripada sekadar menghentikan Messi dalam pertembungan heavyweight itu.

"Agak sukar untuk menang, tapi kami akan bekerja sama untuk melakukannya.

"Kami akan melakukan perancangan, pulih dengan baik dan bekerja untuk menang perlawanan ini kerana Messi akan berada di sana, tetapi dia juga mempunyai 10 lagi pemain lain bersama," katanya.

'It's complicated to win, but we're all going to work together to do it,' he said. 'We are going to make a plan, recover well and work to win this game because Messi will be there, but he also has 10 other players by his side.'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Disember 2022 @ 7:10 PM