AKSI pemain skuad B-16 negara (jersi kuning) ketika seri 2-2 menentang Australia, hari ini. FOTO FB FAM
AKSI pemain skuad B-16 negara (jersi kuning) ketika seri 2-2 menentang Australia, hari ini. FOTO FB FAM
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara terpaksa melepaskan trofi Kejuaraan AFF B-16 apabila gagal melepasi peringkat kumpulan selepas sekadar seri 2-2 dengan Australia, hari ini.

Malaysia yang wajib menang untuk mengungguli saingan Kumpulan C sebagai juara, tidak layak ke separuh akhir apabila format kejohanan hanya membenarkan juara daripada tiga kumpulan untuk mara ke saingan kalah mati itu.

Malah satu slot buat naib juara terbaik gagal diraih skuad negara, sekali gus terpaksa melepaskan kejuaraan itu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia itu, kem negara ketinggalan seawal minit ke-17 selepas Ayman Gulasi meledak gol pertama untuk meletakkan Australia di depan.

Begitupun, skuad kendalian Osmera Omaro membalas dengan dua gol iaitu pada minit ke-36 dan 48 untuk mendahului perlawanan.

Ketika kelebihan itu mahu dipertahankan, Max Hately meranapkan impian Malaysia apabila dua menyamakan kedudukan di minit 65.

Keputusan seri itu kekal hingga wisel penamat.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi menyaksikan Myanmar menang 1-0 untuk mara ke separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2022 @ 7:14 PM