PEMAIN Dortmund meraikan kemenangan selepas menumpaskan Leverkusen. FOTO Reuters
PEMAIN Dortmund meraikan kemenangan selepas menumpaskan Leverkusen. FOTO Reuters
AFP

Berlin: Gol separuh masa pertama daripada kapten Marco Reus sudah memadai untuk menyaksikan Borussia Dortmund menewaskan Bayer Leverkusen 1-0 dalam saingan Bundesliga, mankala Union Berlin menewaskan seteru setempat, Hertha 3-1.

Selepas bermula dengan gugup, pasukan tuan rumah mendahului pada minit kesembilan apabila Reus menyudahkan gerakan agresif daripada pemain antarabangsa England berusia 19 tahun, Jude Bellingham.

Bellingham menghantar bola kepada penyerang Dortmund berusia 17 tahun, Youssoufa Moukoko, yang kemudiannya melakukan hantaran melintasi gawang lawan ke arah Karim Adeyemi.

Lukas Hradecky berjaya menyelamatkan rembatan, Adeyemi sebelum Reus hadir untuk memastikan bola melepasi garisan gol.

Pada masa kecederaan, Hradecky dilayangkan kad merah kerana menyentuh bola di luar petak penalti.

Memimpin pasukan buat kali pertama di Westfalenstadion yang penuh dengan kehadiran penonton, pengurus Dortmund, Edin Terzic berkata, 82,000 penyokong menaikkan semangat anak buahnya.

"Ia adalah permainan yang sangat sengit dan penyokong membantu kami melaluinya, memberi kami dorongan," kata Terzic.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2022 @ 1:37 PM