MOUKOKO meledak jaringan ketika berdepan Freiburg sebelum ini. FOTO EPA
MOUKOKO meledak jaringan ketika berdepan Freiburg sebelum ini. FOTO EPA
AFP

Berlin: Borussia Dortmund akan menjadikan penyerang remaja, Youssoufa Moukoko sebagai senjata memperkukuhkan rangkaian serangan mereka selepas mereka dilihat cuba kembali pada landasan bagi memburu slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pemain berusia 16 tahun itu, iaitu paling muda dalam sejarah Bundesliga, dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama berdepan Hoffenheim selepas berjaya menjaringkan gol ketika kalah 1-2 kepada Freiburg.

"Youssoufa dilihat sangat bahaya di depan gol, dia adalah salah satu pilihan kami untuk aksi esok," kata jurulatih Dortmund, Edin Terzic.

Dortmund, yang akan berkunjung ke Sevilla bagi aksi 16 akhir Liga Juara-Juara minggu depan, tergelincir ke tangga keenam, empat mata kurang dari kelompok empat terbaik selepas kalah tiga daripada empat aksi terakhir liga.

Terzic menjelaskan dia mahukan lebih dari pemain bintang, Erling Braut Haaland, yang gagal menjaringkan gol dalam dua aksi terakhir, ketua pasukan, Marco Reus dan sayap England, Jadon Sancho.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2021 @ 1:59 PM