Gara-gara enggan memberhentikan kenderaan menyebabkan berlaku pelanggaran dengan  MPV polis di Cybersouth, Dengkil semalam. Foto ihsan PDRM
Gara-gara enggan memberhentikan kenderaan menyebabkan berlaku pelanggaran dengan MPV polis di Cybersouth, Dengkil semalam. Foto ihsan PDRM
Samadi Ahmad


Putrajaya: Seorang penagih empat dadah berbeza bertindak agresif apabila memandu kereta dalam keadaan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan dengan kereta peronda polis,

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kenderaan dipandu suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika kereta peronda polis (MPV) mengadakan rondaan kira-kira jam 9.30 malam tadi.

"Suspek memandu kereta Perodua Bezza di jalan Cyberjaya - Dengkil.

"Anggota polis MPV mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan bagi pemeriksaan. Namun suspek engkar dan bertindak memecut lari," katanya tadi.

Menurutnya, anggota polis kemudian ertindak mengejar kereta suspek sehingga ke Jalan Kita Impian, Cybersouth, Dengkil.

"Berlaku pelanggaran dengan kenderaan dipandu suspek sebelum lelaki berusia 29 tahun itu berjaya diberkas.

"Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif mengambil empat dadah jenis Methamphetamine, Amphethamine (AMP), Benzodiazepines dan Tetra Hydrocannibol (THC)," katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2, 000 atau kedua-duanya.

"Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi aerta berkongsi maklumat tidak benar berhubung kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 11:51 AM