JOHNSON beraksi cemerlang untuk Wales. -FOTO Agensi
JOHNSON beraksi cemerlang untuk Wales. -FOTO Agensi
Agensi

London: Brennan Johnson berkata dia boleh mengambil sedikit tekanan daripada Gareth Bale di Piala Dunia nanti.

Pemain Nottingham Forest itu menjaringkan gol buat Wales ketika mereka tewas 2-3 kepada Belanda dalam aksi Liga Negara-Negara Selasa lalu.

Bale yang juga kapten pasukan menyangka dia sudah berjaya menyelamatkan pasukannya daripada kekalahan di Rotterdam apabila menjaringkan gol antarabangsa ke-39 sebelum Memphis Depay menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-93.

Namun bintang yang semakin meningkat naik itu Johnson yang akan membuat penampilan pertama di Qatar percaya dia mampu meringan sedikit bebanan kapten pasukan di Piala Dunia nanti.

Johnson, 21, berkata: "Jika itu yang boleh saya lakukan maka saya gembira melakukannya jika ia dapat menghilang sedikit tekanan daripadanya. Saya sentiasa mahu menjaringkan gol sendiri.

"Namun pemain seperti Aaron Ramsey dan H (Harry Wilson), mereka juga boleh menjaringkan gol dan mereka sudah membuktikannya sebelum ini.

"Mempunyai ramai pemain yang boleh menjaringkan gol ia akan menjadi rangsangan besar kepada kami."

Johnson, membantu Forest untuk naik ke Liga Perdana selepas perlawanan akhir playoff pada Mei, mencapai kejayaan menakjubkan untuk negaranya bulan ini.

Percubaan penyerang itu terkena palang gol pada aksi terakhir playoff ketika mereka mencatatkan kemenangan ke atas Ukraine seterusnya membawa Wales layak ke Piala Dunia.

Dia kemudiannya menjaringkan gol pertamanya untuk menyamakan kedudukan 1-1 menentang Belgium Sabtu lalu sebelum menambah satu lagi gol ketika menentang Belanda di De Kuip Stadium.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2022 @ 8:53 AM