BALE tetap disenaraikan walaupun tidak berada pada tahap kecergasan 100 peratus. FOTO Reuters
BALE tetap disenaraikan walaupun tidak berada pada tahap kecergasan 100 peratus. FOTO Reuters
AFP

London: Pengurus Wales, Rob Page membayangkan Gareth Bale mungkin dia bermain dalam tiga perlawanan Piala Dunia dalam tempoh sembilan hari, pada ketika dia menamakan senarai 26 pemain ke Qatar, hari ini.

Bale menjadi inspirasi untuk mengetuai pasukannya ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Pemain berusia 33 tahun itu masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol penyamaan dramatik bagi membantu LAFC menang Piala MLS menerusi penentuan sepakan penalti pada Sabtu lalu.

Tetapi, pemenang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebanyak lima kali itu kurang beraksi sejak berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) pada Jun lalu kerana dibelenggu kecederaan.

"Dia tidak berada pada tahap 100 peratus ketika ini," kata Page.

"Adakah dia berbanyak minit seperti sepatutnya? Mungkin tidak. Tetapi, itu tidak merisaukan saya.

"Dia membuktikan kemampuan setiap kali menyarung jersi Wales. Tidak kira berapa minit beraksi di peringkat domestik, dia sentiasa membuktikannya.

"Pada detik besar, dia mampu menyerlah, berkembang dan menikmatinya. Tiada persoalan mengenainya. Dia akan memberi kesan kepada perlawanan secara langsung dan apabila pengurus lawan melihat namanya dalam senarai pemain, mereka tahu ancaman bakal dihadapi."

Wales akan memulakan kempen Kumpulan B menentang AS pada 21 November diikuti pertarungan dengan Iran dan England.

SENARAI PEMAIN WALES

Penjaga gol: Wayne Hennessey (Nottingham Forest/ENG), Danny Ward (Leicester City/ENG), Adam Davies (Sheffield United/ENG)

Pemain Pertahanan: Ethan Ampadu (Spezia/ITA), Chris Mepham (Bournemouth/ENG), Tom Lockyer (Luton Town/ENG), Ben Davies (Tottenham/ENG), Chris Gunter (Wimbledon/ENG), Connor Roberts (Burnley/ENG), Joe Rodon (Rennes/PER), Neco Williams (Nottingham Forest/ENG), Ben Cabango (Swansea City)

Pemain tengah: Joe Allen (Swansea City), Aaron Ramsey (Nice/PER), Harry Wilson (Fulham/ENG), Jonny Williams (Swindon Town/ENG), Joe Morrell (Portsmouth/ENG), Dylan Levitt (Dundee United/SCO), Rubin Colwill (Cardiff City), Sorba Thomas (Huddersfield Town/ENG), Matt Smith (MK Dons/ENG)

Penyerang: Gareth Bale (LAFC/AS), Daniel James (Fulham/ENG), Kieffer Moore (Bournemouth/ENG), Brennan Johnson (Nottingham Forest/ENG), Mark Harris (Cardiff City)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2022 @ 9:41 AM