GARETH Bale disenaraikan bersama skuad kebangsaan Wales. FOTO AFP
GARETH Bale disenaraikan bersama skuad kebangsaan Wales. FOTO AFP
AFP

London: Sekalipun berdepan kecederaan belakang, Gareth Bale disenaraikan dalam skuad Wales untuk play-off pusingan akhir Piala Dunia menentang sama ada Scotland atau Ukraine, pada ketika mereka mahu layak kali pertama sejak 1958.

Kapten itu hanya muncul dua kali sebagai pemain gantian Real Madrid selepas menjaringkan kedua-dua gol ketika Wales menang 2-1 ke atas Austria pada play-off Piala Dunia, 24 Mac lalu.

Pemain berusia 32 tahun itu tersisih daripada lima perlawanan terakhir Real kerana masalah belakang, tetapi kembali berlatih untuk membuat penampilan di final Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool pada 28 Mei.

Aaron Ramsey turut disenaraikan untuk aksi di Cardiff pada 5 Jun itu, selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti menyebabkan Rangers tewas di final Liga Europa di tangan Eintracht Frankfurt, hari ini.

Penjaga gol Leicester, Danny Ward kembali cergas selepas pembedahan lutut dan menggantikan Tom King.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2022 @ 9:29 PM