PEMAIN pertahanan Nottingham Forest, Joe Worrall menjulang trofi selepas pasukannya layak ke Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
PEMAIN pertahanan Nottingham Forest, Joe Worrall menjulang trofi selepas pasukannya layak ke Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
Reuters

London: Nottingham Forest menewaskan Huddersfield Town 1-0 di final play-off Liga Kejuaraan di Stadium Wembley, hari ini, untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas tersisih selama 23 tahun.

Gol penting pada minit ke-43 itu terhasil apabila pemain pertahanan Huddersfield, Levi Colwill tertampan bola ke dalam gawang sendiri hasil percubaan James Garner.

Forest yang juga bekas juara Eropah, tersingkir dari liga utama pada 1999 dan mereka mengiringi Bournemouth dan Fulham, yang mendapat promosi automatik ke Liga Perdana Inggeris.

Anak buah Steve Cooper berhak untuk menang selepas menguasai babak pertama dan seterusnya mempertahankan gol pendahuluan pada ketika Huddersfield tidak mampu mengancam.

"Saya amat bangga depan main, staf dan penyokong," kata pemain pertahanan Forest, Joe Worrall.

"Kami cemerlang sepanjang musim ini dan kurang bernasib baik apabila tidak layak secara automatik. Kami bermain dengan jujur dan bermain dengan cara yang betul," katanya.

Satu-satunya ancaman buat mereka apabila pemain Town, s Harry Toffolo terjatuh di dalam kotak penalti selepas diasak Jack Colback, tetapi pengadil, Jon Moss melayangkan kad kuning kepada bek sayap Huddersfield itu kerana berlakon.

Forest yang menewaskan Sheffield United untuk layak ke final play-off adalah juara Inggeris pada 1978 di bawah bimbingan Brian Clough dan memenangi Piala Eropah pada 1979 dan 1980.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2022 @ 8:19 AM