RONALDO jaring lima gol bulan lalu.
RONALDO jaring lima gol bulan lalu.
Agensi

London: Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dipilih Pemain Terbaik Bulanan untuk April, kali kedua anugerah sama dimenanginya musim ini.

Pemain berusia 37 tahun itu memenangi pemain terbaik bulanan sebanyak enam kali sekali gus terbanyak dalam sejarah United dengan mengatasi Wayne Rooney yang meraihnya lima kali.

Ronaldo cemerlang sepanjang April apabila meledak lima gol dalam hanya empat perlawanan bersama Red Devils.

Pemain Portugal itu kini hanya memerlukan satu lagi anugerah untuk menyamai rekod keseluruhan di Liga Perdana iaitu tujuh kali yang dipegang penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane dan bekas bintang Manchester City, Sergio Aguero.

Pada April lalu, Ronaldo menjaringkan gol peribadi ke-100 Liga Perdana ketika tewas 1-3 di Arsenal manakala mencipta hatrik ke-50 ketika menang 3-2 ke atas Norwich City.

Ronaldo menjaringkan gol kelimanya ketika seri 1-1 dengan Chelsea. Penyerang itu mengatasi lapan lagi calon termasuk Nathan Collins, Kevin De Bruyne, Bruno Guimaraes, Gabriel Jesus, Son Heung-min, Thiago dan Leandro Trossard.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2022 @ 7:13 PM