LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Nur Izzati Mohamad


Bukit Mertajam: Kejadian dua wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) di Taman Sri Rambai, di sini, semalam diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad.

Menurutnya, proses bedah siasat terhadap mayat dua wanita itu sedang dijalankan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

"Setakat ini polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai SDR (mati mengejut)," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mayat dua wanita ditemui dalam SUV berkenaan dalam keadaan kembung dan berbau busuk di kawasan perumahan terbabit.

Mayat berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 5.30 petang sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, dua wanita dipercayai berusia 20-an berasal dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2024 @ 1:37 PM