PERTEMBUNGAN antara Liverpool menentang Nottingham Forest di suku akhir Piala FA. -FOTO Reuters
PERTEMBUNGAN antara Liverpool menentang Nottingham Forest di suku akhir Piala FA. -FOTO Reuters
AFP

London: Usaha Liverpool dan Manchester City untuk menempah kemenangan bersejarah akan bermula dengan perlawanan separuh akhir Piala FA di Wembley bulan depan selepas kedua-dua pasukan berjaya melepasi kelompok lapan terbaik dengan cara berbeza.

City akhirnya berjaya mengatasi Southampton pada percubaan ketiga musim ini dengan kemenangan 4-1 manakala Liverpool memerlukan jaringan lewat perlawanan dari Diogo Jota untuk menyingkirkan pasukan Liga Kejuaraan Nottingham Forest 1-0.

Forest sebelum ini menyingkirkan juara bertahan Leicester dan Arsenal dalam laluan mereka ke saingan lapan terbaik dan boleh mencipta kejutan sekali lagi di City Ground.

"Ia satu perlawanan merebut Piala dengan cara yang betul," kata Klopp.

"Saya tahu mereka tidak akan mendapat apa-apa tapi mereka perlu diberi pujian kerana bermain permainan yang sangat baik."

Klopp melakukan tujuh pertukaran dengan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Andy Robertson antara pemain yang direhatkan memberi kesan terhadap persembahan Liverpool.

Sementara itu dalam aksi perlawanan membabitkan City, mereka turut bergelut pada sejam pertama di St Mary ketika Southampton yang sebelum ini mengikat juara England itu dua kali musim ini mendatangkan masalah buat mereka sekali lagi.

"Kami bermula dengan baik tapi selepas itu kami terlupa cara untuk bermain," kata Guardiola.

"Kami tahu sukar berdepan Southampton kerana mereka adalah pasukan yang paling teratur."

Sementara itu Crystal Palace akan bertemu Chelsea dalam satu lagi aksi separuh akhir selepas membelasah pasukan bergelut, Everton 4-0 di Selhurst Park.

Marc Guehi, Jean-Philippe Mateta, Wilfried Zaha dan Will Hughes semuanya meledak gol ketika skuad Eagles meneruskan persembahan baik mereka pada musim pertama di bawah kendalian Patrick Vieira.

"Pergi ke Wembley ialah sesuatu yang menakjubkan," kata Vieira.

"Anda boleh dengar suasana stadium, penyokong; inilah yang mereka mahukan dan kami mahu memberikannya kepada mereka."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2022 @ 7:48 AM