AKSI Ocampos menjaringkan gol tunggal Sevilla di Cadiz. FOTO EPA
AKSI Ocampos menjaringkan gol tunggal Sevilla di Cadiz. FOTO EPA
AFP

Madrid: Jaringan Lucas Ocampos pada babak kedua membolehkan Sevilla menang 1-0 di Cadiz awal pagi tadi dan merapatkan kedudukan dengan pendahulu La Liga Real Madrid.

Oihan Sancet meledak hatrik ketika Athletic Bilbao menang 3-1 ke atas Osasuna manakala Villarreal membelasah kelab corot Levante 5-0.

Sevilla bergelut menentang Cadiz yang menduduki tangga kedua terbawah dan gol kemenangan hadir hanya pada minit ke-58 selepas hantaran Ivan Rakitic disudahkan pemain Argentina, Ocampos.

Sevilla kekal di tangga kedua, lima mata di belakang Real Madrid tetapi kurang satu perlawanan.

Villarreal memintas Valencia di tangga kelapan selepas meledak lima gol ke atas Levante yang hanya meraih lapan mata daripada 19 perlawanan dan lapan mata daripada zon selamat.

Bilbao turut melonjak ke tangga ke-10 selepas hatrik Sancet menewaskan Osasuna.

Kike meletakkan skuad tuan rumah selepas 10 minit tetapi Sancet yang berusia 21 tahun meledak dua gol pada babak pertama dan melengkapkan hatrik pada minit ke-68.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 8:45 AM