RUMAH di kejiranan Villa Devoto di Buenos Aires akan dilelong. -FOTO Agensi
RUMAH di kejiranan Villa Devoto di Buenos Aires akan dilelong. -FOTO Agensi
AFP

Buenos Aires: Daripada tali leher kepada dua kereta BMW, sekotak cerut Cuba antara 90 barangan yang pernah menjadi milik mendiang bintang bola sepak Argentina, Diego Maradona akan di lelongan secara maya hari ini dalam jualan antarabangsa dari Buenos Aires.

"Pada ketika ini seramai 1,120 orang sudah mendaftar dan untuk membida barang lelongan," kata penganjur jualan Adrian Mercado.

87 lot yang ditawarkan akan mempunyai bidaan minimum antara AS$50 (RM210) ke AS$900,000 (RM3,797,507 juta).

Lelongan barangan berkenaan diarahkan pihak berkuasa Argentina dengan persetujuan pewaris harta pusaka juara dunia 1986 itu.

"Anak-anak memilih barang-barangan yang ingin disimpan," kata Mercado.

"Barang-barangan yang paling beremosi dengan kenangan indah, semangat yang hebat akan disimpan oleh keluarga.

Rumah di kejiranan Villa Devoto di Buenos Aires akan dilelong, ia adalah rumah yang dihadiahkan Maradona kepada ibu bapanya pada 1980-an ketika dia menyarung jersi 'nombor 10' untuk pasukan profesional Boca Juniors.

"Tahun-tahun berlalu, kelab, cerita dan Piala Dunia tapi rumah di Cantilo (di jalanan) akan sentiasa menjadi tempat Maradona," mesej yang ditulis di laman web yang mempromosikan lelongan itu.

Rumah sederhana di kawasan kejiranan miskin tempat Maradona dilahirkan pada tahun 1960, vila yang diberikan kepada ibu bapanya dan tempat mereka tinggal sehingga kematiannya pada 25 November 2020 itu cukup selesa, tidak begitu mewah tapi mempunyai kolam renang akan turut dilelong.

Rumah berkenaan akan dilelong dengan harga bermula AS$900,000 (RM3,797,507 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 11:16 AM