SELUAR Muhammad Ali yang digunakan ketika menentang Frazier pada 1975.  FOTO AFP
SELUAR Muhammad Ali yang digunakan ketika menentang Frazier pada 1975. FOTO AFP
Reuters

New York: Seluar yang digunakan Muhammad Ali ketika pertarungan epik 'Thrilla in Manila' dengan Joe Frazier dilelong bermula hari ini dengan harga jualan dijangka lebih AS$6 juta (RM28.46) juta.

Rumah pelelong Sotheby berkata, seluar daripada pertarungan Oktober 1975 di Filipina yang dimenangi Ali itu akan dilelong sehingga 12 April.

Seluar itu yang menampilkan lilitan hitam di pinggang dan jalur warna sama memanjang di kedua-dua bahagian turut ditandatangani Ali menggunakan pen Sharpie.

Menurut Sotheby, seluar itu dilelong pada 1988 dengan harga sekitar AS$1,000 (RM4,744) dan sejak itu beberapa kali ke pasaran lelongan dengan kali terakhir pada 2012 dengan harga hanya A$150,000 (RM711,000).

Pada petang membahang di Filipina, dunia tinju menyaksikan pertarungan kali ketiga dan terakhir di antara Ali dan Frazier yang menyaksikan Ali mengekalkan gelaran heavyweight.

Ali meninggal dunia pada Jun 2016 ketika berusia 74 tahun akibat masalah pernafasan di Phoenix, Arizona.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2024 @ 11:31 AM