REAKSI Spinazzola ketika bertemu Belgium. FOTO EPA
REAKSI Spinazzola ketika bertemu Belgium. FOTO EPA
Agensi

London: Leonardo Spinazzola yang mengalami kecederaan mengesahkan akan hadir di Stadium Wembley untuk memberi sokongan kepada rakan sepasukannya di Itali yang akan bertemu England pada final Euro 2020.

Spinazzola mempamer aksi cemerlang bersama Azzurri sebelum mengalami kecederaan tendon achilles ketika pasukannya melakar kemenangan ke atas Belgium pada aksi suku akhir.

Pemain berusia 28 tahun itu sering membantu rakan sepasukannya untuk meledak gol dan dinobat pemain terbaik perlawanan sebanyak dua kali sebelum terpaksa melupakan saingan itu.

Ketiadaan Spinazzola pastinya satu kehilangan besar untuk Itali.

Bagaimanapun Spinazzola mengesahkan akan kembali ke Wembley untuk memberi sokongan kepada rakan sepasukannya.

"Saya akan berada di London bersama rakan sepasukan. Saya sangat gembira.

"Mereka melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kami pasukan yang hebat dan seperti sebuah keluarga besar," katanya kepada RAI 1.

Ditanya pandangannya mengenai aksi final itu, dia berkata: "Ia pasti perlawanan yang sukar terutama di stadium lawan. Tetapi ia akan menambahkan semangat pemain."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 12:28 PM