Leonardo Spinazzola. FOTO Agensi
Leonardo Spinazzola. FOTO Agensi
Reuters

AS Roma menandatangani pemain tengah Leonardo Spinazzola dari Juventus tatkala menghantar pemain pertahanan Luca Pellegrini di kelab berkenaan kata kelab Serie A itu.

Spinazzola bersetuju menerusi kontrak empat tahun dengan tawaran kelab sekitar RM140.55 juta (30 juta Euro) bagi mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu menurut kenyataan Roma. Juventus membayar RM103.1 juta (22 juta Euro) buat Pellegrini.

Roma turut mengesahkan bahawa pemain antarabangsa Greece, Kostas Manolas berpindah ke Napoli dengan yuran RM169 juta (36 juta Euro) selepas lima musim bersama kelab utama Itali itu.

Ketua Eksekutif Roma Guido Fienga yakin Spinazzola dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

"Leonardo adalah pemain muda yang sudah mempunyai banyak pengalaman dalam bola sepak Itali. Saya percaya dia akan menyesuaikan diri dengan cepat dan mampu beraksi dengan cara diterjemahkan jurulatih baru kami.” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 5:16 PM