SPINAZZOLA memberi isyarat bagus.
SPINAZZOLA memberi isyarat bagus.
AFP

Rom: Pertahanan kiri Itali Leonardo Spinazzola selamat menjalani pembedahan tendon achilles awal pagi tadi selepas terpaksa melupakan baki saingan Euro 2020 susulan kecederaan dialami ketika menewaskan Belgium pada aksi suku akhir.

"Pembedahan berjaya dijalankan. Saya berterima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan kepada saya. Kiraan sudah pun bermula,'' kata Spinazzola di Instagram beserta foto di atas katil hospital.

Pemain berusia 28 tahun itu dibedah oleh doktor pakar di Finland dan dia dijangkan berehat sekitar enam bulan.

Jurulatih baharu Roma Jose Mourinho pada Ahad lalu berkata ketiadaan Spinazzola kehilangan besar buat pasukannya.

Pemain pertahanan Leonardo Bonucci berkata Itali merancang mahu menghadiahkan kemaraan ke final Kejohanan Eropah kepada rakan sepasukan mereka itu.

Azzurri akan menentang Sepanyol pada aksi separuh akhir di Wembley esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 5:38 AM