KANE memeluk jurulatih Southgate selepas dikeluarkan dari perlawanan England menentang Ukraine. FOTO AFP
KANE memeluk jurulatih Southgate selepas dikeluarkan dari perlawanan England menentang Ukraine. FOTO AFP
AFP

Rome: England kembali ke Wemblye dan dua lagi kemenangan akan membawa mereka menjulang kejuaraan Eropah yang pertama selepas melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Ukraine di suku akhir di Rom.

Selepas perjalanan ke Stadium Oimpico berjaya dengan cemerlang, skuad Gareth Southgate akan mendapat sokongan 60,000 penyokong apabila mereka turun bertemu Denmark untuk penentuan ke final Khamis ini.

Tiga tahun selepas berdepan pengalaman pahit di separuh akhir Piala Dunia, tewas kepada Croatia, England berpeluang untuk menebus kekecewaan itu dan menamatkan penantian sekian lama menjulang piala kejuaraan.

Dengan baki perlawanan akan berlangsung di London dan sekatan Covid-19 yang membataskan perjalanan peminat, mereka mungkin akan mendapat peluang terbaik untuk menambah koleksi kemenangan selepas menang Piala Dunia pada 1966.

"Pemain perlu menempuh sedikit perjalanan dan kadang-kadang mereka perlu menempuh sedikit keperitan," kata Southgate.

"Kami berdepan malam yang hebat selama empat tahun terakhir tapi kami juga mengalami beberapa perkara yang menyakitkan dan itu pasti akan membantu kami membuat persediaan untuk kejohanan ini."

Tidak seperti di Rusia, prestasi Harry Kane yang pada mula menjadi persoalan di awal kejohanan sebelum England memasuki fasa kalah mati dengan penyerang Tottenham itu kini nampaknya sudahpun menemui sentuhan tepat pada masanya.

"Untuk datang ke sini, persiapan yang berbeza dilakukan, bermain bola sepak di stadium pada sebelah malam itu satu yang indah dengan keadaan cuaca yang memberi inspirasi kepada pemain," kata Southgate.

"Mereka memberi persembahan yang luar biasa, tidak hanya pemain yang memulakan aksi tetapi juga pemain yang dimasukkan."

"Sebagai tanda penghargaan untuk menikmati malam seperti malam ini kami tidak mahu pandang ke belakang. Kami mahu terus merangkul segala peluang. Saya rasa pemain bertindak tegas dan melakukan tugas sepanjang malam dengan baik."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 12:47 PM