PENJAGA gol Jerman, Manuel Neuer memakai lilitan lengan kapten warna pelangi sebagai sokongan kepada kumpulan gay di Euro 2020. FOTO AFP
PENJAGA gol Jerman, Manuel Neuer memakai lilitan lengan kapten warna pelangi sebagai sokongan kepada kumpulan gay di Euro 2020. FOTO AFP
AFP

Berlin: Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) menyatakan tidak akan dihukum Uefa kerana lilitan lengan berwarna pelangi dipakai kapten Jerman, Manuel Neuer ketika aksi Euro 2020 sebagai solidariti kepada bulan kebanggaan gay, bulan ini.

DFB menyatakan sudah menerima surat daripada badan induk bola sepak itu yang menyatakan siasatan berhubung perkara itu sudah dihentikan.

"Lilitan lengan kapten dianggap simbol sesuatu pasukan menunjukkan kepelbagaian dan ia untuk tujuan baik," kata DFB menerusi Twitter.

Biasanya, kapten setiap pasukan bertanding di Kejuaraan Eropah akan memakai lilitan lengan standard disediakan Uefa.

Bekas pemain tengah Jerman, Thomas Hitzlsperger menjadi gay selepas bersara pada 2013 dan kini menjadi ketua sukan di VfB Stuttgart, dan tidak senang dengan tindakan Uefa mengambil berat mengenai isu itu.

Jurucakap DFB, Jens Grittner semalam berkata, Neuer tidak akan berhenti memakai lilitan lengan pelangi sekalipun jika Uefa mengenakan tindakan terhadap Jerman.

"Jun adalah bulan 'kebanggaan' dalam sukan untuk mempromosikan kepelbagaian. Tahun ini, DFB turut terbabit dalam pelbagai kempen," kata Grittner.

"Manuel Neuer memakai lilitan lengan warna pelangi itu sejak aksi persahabatan menentang Latvia pada 7 Jun sebagai tanda dan komitmen jelas pasukan terhadap kepelbagaian, keterbukaan dan toleransi serta menentang kebencian dan penyisihan. Mesejnya adalah, kami berwarna-warni."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 8:36 PM