PENYOKONG Belanda dilihat memegang bendera berwarna pelangi. FOTO AFP
PENYOKONG Belanda dilihat memegang bendera berwarna pelangi. FOTO AFP
Agensi

Budapest: Kapten Belanda, Gini Wijnaldum memakai lilitan kapten berwarna pelangi sebagai tanda membantah tindakan Hungary yang tidak menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Bekas bintang Liverpool itu turut berjanji akan meminta rakan sepasukannya meninggalkan padang ketika bertemu Republik Czech sekiranya mendengar ejekan terhadap tindakan menyokong LGBT namun ia tidak berlaku pada perlawanan hari ini.

Penyokong di dalam stadium di Budapest turut berbangga mengibarkan bendera berwarna pelangi sebagai tanda sokongan kepada LGBT.

Badan induk bola sepak Eropah, Uefa pula menyokong tindakan penyokong yang membawa bendera serta memakai pakaian berwarna pelangi ketika dan selepas tamat perlawanan.

"Uefa sudah memaklumkan kepada Persekutuan Bolasepak Hungary yang warna pelangi bukan simbol politik dan ia selaras dengan kempen Equal Game Uefa yang menentang apa saja diskriminasi termasuk menentang golongan LGBT.

"Uefa ingin menjelaskan tidak melarang mana-mana simbol berwarna pelangi di Budapest," katanya Uefa dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban sebelum ini membatalkan hasratnya untuk menyaksikan perlawanan antara Hungary dan Jerman di Munich.

Ia selepas Jerman mengutuk Hungary yang tidak menyokong golongan LGBT selain Stadium Allianz dipasang warga pelangi disekelilinginya.

Belanda tewas 0-2 kepada Republik Czech pada aksi pusingan kedua hari ini di Budapest.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 7:35 AM