Pemain Aston Villa, Tyrone Mings (kanan) dihalang pemain Chelsea, Hakim Ziyech pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
Pemain Aston Villa, Tyrone Mings (kanan) dihalang pemain Chelsea, Hakim Ziyech pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
AFP

Birmingham, United Kingdom: Thomas Tuchel mengakui Chelsea 'bernasib baik' layak ke Liga Juara-Juara (UCL) ketika kekalahan Leicester ke atas Tottenham bermakna kemenangan 2-1 Aston Villa kepada skuad Blues itu mengekalkan peluang mereka.

Skuad kendalian Tuchel hampir terlepas peluang berada di kelompok penamat empat teratas pada peringkat akhir saingan penuh dramatik musim ini bagi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mereka ketinggalan di Villa Park menerusi jaringan Bertrand Traore dan Anwar El Ghazi sebelum Ben Chilwell menjaringkan gol buat Chelsea.

Dengan kelompok empat pencabar teratas Liverpool dan Leicester mendahului lebih awal, Chelsea seakan di ambang kemusnahan.

Tetapi Leicester melepaskan tiga gol di minit akhir perlawanan dalam kekalahan 2-4 di Stadium King Power, untuk memastikan Chelsea menamatkan saingan di tempat keempat - satu mata mengatasi Foxes di tempat kelima.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel memberi arahan kepada pemainnya ketika berdepan Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel memberi arahan kepada pemainnya ketika berdepan Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP

Bos Blues, Tuchel menyifatkan Chelsea kurang naluri pemusnah pada babak pertama dan dua jaringan mudah diberikan Villa bermakna mereka harus menyalahkan diri sendiri jika tempat dalam kelompok empat teratas dirampas Leicester.

"Kami mempunyai peluang yang cukup. Kami tidak menjaringkan gol, melepaskan dua gol mudah dan terpaksa menanggung kekalahan di hujung perlawanan. Kami bernasib baik terlepas hari ini," kata Tuchel.

"Kami tidak mencapai sasaran, aksi terakhir belum cukup memuaskan. Kami hanya memberi tentangan pada penghujung babak dan kami mempunyai dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol. Kami bertarung, melakukan segalanya tapi gagal menjaringkan gol."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 8:06 AM