Pemain Leicester, Caglar Soyuncu (kiri) cuba menghalang pemain Aston Villa pada aksi Piala Liga. FOTO AFP
Pemain Leicester, Caglar Soyuncu (kiri) cuba menghalang pemain Aston Villa pada aksi Piala Liga. FOTO AFP
Agensi

BOS Leicester City, Brendan Rodgers percaya kekalahan pada separuh akhir Piala Liga membolehkan pemainnya memberi lebih tumpuan mereka untuk mengatasi Chelsea dan Tottenham dengan sasaran penamat liga dalam kelompok empat teratas.

The Foxes tewas pada minit akhir peringkat separuh akhir perlawanan kedua berdepan Aston Villa, dengan Trezeguet meledak gol kemenangan untuk membawa Villa ke Wembley dan perlawanan final berdepan sama ada Manchester City atau Manchester United.

Ia keputusan sukar diterima buat barisan kendalian Rodgers, bangkit daripada ketinggalan dalam kedua-dua perlawanan untuk mengikat kedudukan dengan Villa, hanya melepaskan gol pada penghujung perlawanan menafikan kemampuan pasukan itu.

Brendan Rodgers (kiri) melihat aksi pemainnya ketika berdepan Villa. FOTO Reuters
Brendan Rodgers (kiri) melihat aksi pemainnya ketika berdepan Villa. FOTO Reuters

Namun Rodgers menegaskan pemainnya tidak akan murung dengan kekecewaan itu, ketika perlawanan penting Liga Perdana berdepan Chelsea, Sabtu ini.

"Saya fikir kami bermain cemerlang dalam perlawanan itu, kami beraksi dengan kawalan baik dan memberi tekanan dalam perlawanan," katanya kepada Sky Sports.

"Saya tidak kecewa dengan pemain, mereka memberikan segalanya dalam permainan itu.

"(Selepas menjaringkan gol penyamaan) Hanya satu pasukan sahaja dilihat akan memenangi perlawanan, mereka berjaya mara dan kami harus meneruskan perjuangan."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 1:18 PM