VERETOUT (tengah) meraikan gol menerusi sepakan penalti untuk membantu Roma mencatat kemenangan 3-1 ke atas Torino. FOTO AFP
VERETOUT (tengah) meraikan gol menerusi sepakan penalti untuk membantu Roma mencatat kemenangan 3-1 ke atas Torino. FOTO AFP
AFP

Milan: AS Roma berkongsi mata dengan penyandang juara, Juventus untuk menduduki tangga ketiga Serie A selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Torino yang beraksi dengan 10 pemain.

Torino terpaksa bergelut selepas Wilfried Singo diperintah kelaur pada pada minit ke-14 apabila menerima kad kuning kedua dalam tempoh tujuh minit.

Roma meneruskan rentak cemerlang selepas mengalahkan Bologna 5-1 hujung minggu lalu dan berkongsi 24 mata dengan Juventus, empat mata mata di belakang pendahulu liga AC Milan.

Selepas Singo diperintah keluar padang tuan rumah mula memberi tekanan kepada Torino dan ia membuahkan hasil apabila Henrikh Mkhitaryan membuka jaringan pada minit ke-27 di Stadio Olimpico.

Penjaga gol Torino, Vanja Milinkovic-Savic berjaya menyelamatkan percubaan jarak jauh Gianluca Mancini namun Leonardo Spinazzola menghantar bola ke arah Mkhitaryan yang melepaskan rembatan mengenai palang sebelum masuk menerjah jaring.

Jordan Veretout menyudahkan sepakan penalti sebelum rehat selepas Edin Dzeko dikasari.

Harapan pasukan pelawat untuk bangkit musnah apabila Lorenzo Pellegrini menambah gol ketiga pada minit ke-68.

Ketua pasukan Torino, Andrea Belotti berjaya menjaringkan gol saguhati pada minit ke-73.

Ia adalah kekalahan kali kelapan buat pasukan bimbingan Marco Gianpaolo musim ini selepas mereka menduduki tangga kedua terbawah liga musim ini dengan melepaskan 30 gol dalam 12 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 11:31 AM