Pemain pertahanan Juventus Matthijs de Ligt (tengah) meraikan jaringannya bersama Cristiano Ronaldo (kanan) dan Gonzalo Higuain ketika berdepan Torino dalam saingan Serie A Itali pagi ini. FOTO AFP
Pemain pertahanan Juventus Matthijs de Ligt (tengah) meraikan jaringannya bersama Cristiano Ronaldo (kanan) dan Gonzalo Higuain ketika berdepan Torino dalam saingan Serie A Itali pagi ini. FOTO AFP
Reuters

JUVENTUS menerajui puncak Serie A Itali dan mengekalkan rentak kemenangan ketika menewaskan Torino 1-0 hasil jaringan Matthijs de Ligt, pagi ini.

Pemain Belanda berusia 20 tahun itu menyumbat gol dari sepakan sudut membolehkannya merakam gol pertama dirinya untuk Juve dalam aksi yang penuh tegang itu.

Juventus, kini memburu gelaran kesembilan sederet dan masih belum tewas sejak dibimbing Maurizio Sarri dengan mengutip 29 mata daripada 11 perlawanan, satu mata di mengatasi Inter Milan yang sebelumnya menang 2-1 ke atas Bologna.

Inter menang sembilan perlawanan dan seri dua perlawanan dalam 11 aksi terakhir mereka manakala Torino kalah sekali oleh kelab jiran itu sejak 1995.

De Ligt bernasib baik tidak menghadiahkan penalti apabila bola terkena tangannya sebelum diselamatkan Salvatore Sirigu pada hujung aksi separuh masa pertama.

"Saya berdiri dan bola terkena tangan,” katanya.

"Saya tahu ia bukan penalti kerana mengikut peraturan jika tangan saya ke bawah ia bukan penalti.”

Gonzalo Higuain yang kembali garang cuba menggegar gawang lawan pada babak kedua namun Sirigu bertindak cemerlang.

Juventus memecah kebuntuan pada minit ke-70 apabila Higuain mengumpan kepada De Ligt yang merembat melepasi jangkauan Sirigu, sekali gus membingungkan jurulatih Torino, Walter Mazzarri mengenai benteng pertahanan pasukannya.

Torino walau bagaimanapun cuba bangkit dan Bremer berjaya menyumbat gol di hujung saingan namun jaringan pemain Brazil itu dibatalkan kerana ofsaid.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 9:16 AM