AARON (kiri) dan Wooi Yik mara ke separuh akhir Terbuka China, esok. FOTO ARKIB NSTP
AARON (kiri) dan Wooi Yik mara ke separuh akhir Terbuka China, esok. FOTO ARKIB NSTP
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak cemerlang apabila mengesahkan tiket ke separuh akhir Terbuka China.

Bagaimanapun, gandingan negara yang menduduki ranking keenam dunia itu terpaksa mengecewakan rakan senegara yang juga beregu profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin 19-21, 21-19, 21-11 di suku akhir, hari ini.

Tewas di set pertama, Aaron-Wooi Yik kembali mempamer strategi ampuh untuk memenangi dua set seterusnya pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Olimpik dekat Changzhou itu.

Namun, Aaron-Wooi Yik berdepan tugas sukar pada saingan separuh akhir apabila bertemu pemenang antara juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dengan juara Seluruh England 2022, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Malauna bagi perebutan tiket ke pentas final, esok.

Aaron-Wooi Yik setakat ini masih belum dapat meraih gelaran di saingan Jelajah Dunia BWF.

Untuk musim ini, mereka pernah dua kali melangkah ke pentas final iaitu di Terbuka India dan Indonesia, namun kedua-duanya berakhir dengan muncul naib juara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2023 @ 8:23 PM