ARIF (kanan) bersama gandingan lamanya, Haikal.
ARIF (kanan) bersama gandingan lamanya, Haikal.
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Pemain beregu negara, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi mengakui berdepan tugas sukar bagi memburu kejuaraan pertamanya di Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023.

Arif yang berpasangan dengan Yap Roy King berkata, ini kerana beberapa nama besar seperti Teo Ee Yii dan Goh V Shem dijangka akan menjadi pencabar utama buat buat mereka di kejohanan itu.

Bagaimanapun, Ariff berkata, ia bukanlah bermaksud dia dan pasangannya akan mengangkat bendera putih lebih awal sebaliknya akan cuba memberikan aksi terbaik bagi memenuhi sasaran separuh akhir yang diletakkan mereka.

"Semua orang sudah tentu nak jadi juara, tapi untuk saya tak nak letak sasaran terlalu tinggi. Sebab kalau lihat ada beberapa nama besar juga seperti Goh V Shem-Azriyn Ayub dan Teo Ee Yii dan Lim Tze Lian.

"Berdasarkan undian mungkin di suku akhir kami akan jumpa di antara mereka ini. Jadi kami tidak akan ambil mudah cabaran mereka.Tapi apa-apapun kami akan cuba beri aksi terbaik kerana kami sasar untuk layak ke separuh akhir," katanya.

Pada pasangan pertama Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023, pilihan ketiga kejohanan itu mendapat bye di pusingan pertama dan dijadual bertemu sama ada wakil Selangor, Tiew Wei Jie-Tiew Yi Cheng atau gandingan profesional Mohd Arif Abdul Latif-Amir Syazwan Al-Razi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2023 @ 7:01 PM