NEYMAR menandatangani kontrak paling lumayan bersama Puma. FOTO Agensi
NEYMAR menandatangani kontrak paling lumayan bersama Puma. FOTO Agensi
Agensi

PERJANJIAN tajaan kasut bola antara Neymar dan Puma berjumlah £23 juta (RM122.2 juta) setahun menjadikannya mengatasi dua bintang ternama, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Ia adalah kontrak penajaan individu sukan terbesar dalam sejarah.

Bintang Brazil berusia 28 tahun itu yang menamatkan kontrak bersama Nike untuk menandatangani kontrak lumayan bersama Puma, mempunyai nilai kontrak £8 juta (RM42.5 juta) lebih mahal berbanding Ronaldo.

Ronaldo yang beraksi bersama Juventus mempunyai kontrak bernilai £15 juta (RM79.7 juta) bersama Nike.

Manakala pemenang Ballon d'Or sebanyak enam kali, Messi mempunyai kontrak bernilai £18 juta (RM95.6 juta) bersama Adidas.

Puma sudah mengumumkan perjanjian penajaan bersama Neymar yang beraksi bersama Paris Saint Germain (PSG) di media sosial.

Tidak dapat dipastikan berapa tahun perjanjian kontrak itu namun kontrak Neymar bersama Nike sebelum ini adalah selama 11 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 9:21 PM