Pemain City bersama jersi baru masing-masing. FOTO Manchester City Official
Pemain City bersama jersi baru masing-masing. FOTO Manchester City Official
Twitter

MANCHESTER City hari ini memperkenalkan jersi baru untuk aksi di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menghadapi saingan musim 2019-20.

Jersi yang digunakan mereka dikatakan mendapat inspirasi daripada bekas kelab malam legenda yang popular di bandar Manchester pada era 80-an dan 90-an.

Puma bersetuju menggantikan Nike sebagai pembekal jersi kepada City dengan kontrak selama 10 tahun yang mencecah £650 juta (RM3.4 bilion).

Mereka memulakan kerjasama dengan jersi di tempat lawan yang menarik perhatian mempunyai garis kuning hitam yang menjadi identiti kelab malam dan venue muzik terkenal di bandar itu, The Hacienda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 8:02 PM