SANCHES antara salah seorang daripada tiga pemain Lille yang diuji positif Covid-19. FOTO Agensi
SANCHES antara salah seorang daripada tiga pemain Lille yang diuji positif Covid-19. FOTO Agensi
AFP

PEMAIN tengah Lille, Renato Sanches, Jonathan Ikone dan Jonathan Bamba diuji positif Covid-19, selepas ia disahkan oleh jurulatih Christophe Galtier semalam.

Disebabkan perkara itu, Galtier meminta agar pasukannya lebih tegas memikirkan soal penjarakan sosial.

Kesemua ketiga-tiga pemain itu diuji positif Isnin lalu selepas perlawanan persahabatan menentang kelab divisyen satu Belgium, Mouscron yang menyaksikan mereka mencatat kemenangan 2-1.

Beliau berkata, Sanches yang membantu Portugal muncul juara Euro 2016, kembali ke Portugal selepas mereka dibenarkan bercuti selama seminggu, sebelum pemain itu ada menunjukkan simptom dan diuji positif.

"Renato masih lagi berada di Portugal dan dia tidak boleh bergerak ke mana-mana kerana perlu melepasi dua lagi ujian," kata Galtier.

Beliua berkata, Ikone yang juga pemain antarabangsa Perancis bersama Bamba terpaksa melakukan kuarantin di rumah namun boleh kembali berlatih esok.

Galtier menggesa rakyat Perancis agar mematuhi peraturan penjarakan sosial.

"Saya bercuti selama lapan hari dan melihat sendiri bagaimana tindak tanduk kita. Jika kita terus seperti ini kita tidak mampu untuk mengelak gelombang kedua," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 3:03 PM