Renato Sanches (kanan) ketika beraksi di Bayern. FOTO File Reuters
Renato Sanches (kanan) ketika beraksi di Bayern. FOTO File Reuters
Reuters

PEMAIN tengah Bayern Munich kelahiran Portugal, Renato Sanches menyertai Ligue 1, kelab Lille dengan perjanjian empat tahun, umum kelab berkenaan semalam.

Sanches yang menyertai Bayern dari Benfica ketika berusia 18 tahun pada 2016, sebahagian besar tampil sebagai pemain gantian di Munich mengakui saingan kuat menyebabkan dia sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Dia menghabiskan musim 2017/18 sebagai pemain pinjaman di kelab Welsh, Swansea City dan berulang-kali mencuba menerusi perpindahan dari Bayern untuk berusaha mendapat peluang lebih banyak beraksi.

"Renato Sanches memberitahu kepada kami untuk perpindahan itu kerana dia mahu menyertai kelab di mana dia akan terus kekal bermain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge dalam kenyataan itu.

“Kami tidak boleh memberi jaminan itu di Bayern. Ia juga sangat penting buat dia untuk beraksi lebih banyak perlawanan kerana dia mahu merebut tempat dalam skuad kebangsaan Portugal pada aksi Euro 2020.”

Sanches, 22, beraksi dalam 53 perlawanan buat juara Bundesliga itu serta menjaringkan dua gol.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 9:32 AM