Napoli berada di kedudukan keenam dalam saingan Serie A dan kali terakhir mereka berlatih pada 12 Mac lalu. FOTO AGENSI
Napoli berada di kedudukan keenam dalam saingan Serie A dan kali terakhir mereka berlatih pada 12 Mac lalu. FOTO AGENSI
AFP

KELAB Itali, Napoli dan Lazio kedua-duanya menangguhkan perancangan mereka untuk kembali berlatih minggu ini berikutan pandemik Covid-19 yang mengorbankan lebih 6,000 rakyat Itali.

Saingan bola sepak Itali ditangguhkan sejak 9 Mac kerana penularan wabak berkenaan sekali gus menjadi bencana paling buruk sejak Perang Dunia Kedua.

Bagaimanapun, beberapa pasukan menimbang untuk menyambung semula latihan secara tertutup.

“SSC Napoli mengumumkan sebarang aktiviti sukan dihentikan buat sementara waktu.

“Latihan akan diteruskan bergantung kepada situasi kecemasan berikutan penularan wabak Covid-19,” jelas kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Napoli berada di kedudukan keenam dalam saingan Serie A dan kali terakhir mereka berlatih pada 12 Mac, sebelum saingan Liga Juara-Juara pusingan kedua menentang Barcelona ditangguhkan.

Mereka bercadang untuk kembali berlatih esok tatkala bahagian selatan di Itali tidak seteruk di bahagian utara.

Lazio dan Cagliari juga terpaksa menangguhkan latihan mereka.

Semua acara sukan di Itali ditangguhkan sehingga 3 April.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 10:46 AM