Seorang pekerja membersihkan Stadium San Paolo di Itali. FOTO Reuters
Seorang pekerja membersihkan Stadium San Paolo di Itali. FOTO Reuters
Agensi

NAPOLI akan kembali menjalani latihan minggu depan di sebalik amaran ia mungkin mengundang bahaya ketika Itali sedang berhadapan perintah berkurung akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Tiada acara sukan dijalankan di Itali sejak 9 Mac lalu sebagai keputusan penularan Covid-19.

Virus berkenaan menyebabkan 4,032 kematian di negara itu, melebihi daripada negara lain, dengan daerah utara paling terjejas teruk.

Presiden Kesatuan Pemain Itali (AIC), Damiano Tommasi, memaklumkan adalah tidak selamat bagi pemain untuk kembali berkerja ketika perintah berkurung masih dijalankan.

Namun Cagliari akan menjalani latihan dengan pemain dibahagikan kepada beberapa kumpulan pada Isnin dan Napoli akan kembali di padang latihan dua hari kemudian.

"SSC Napoli mengumumkan pasukan itu akan kembali meneruskan latihan di Technical Center pada Rabu, 25 Mac dengan sesi latihan waktu pagi.” menurut kenyataan kelab itu.

Lazio juga dilaporkan bersedia untuk menjalani latihan pada minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 1:43 PM