Orang awam melintasi poster Euro 2020 yang dilekatkan di kawasan bangunan dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Bucharest Henri Coanda di Otopeni, Romania. FOTO Reuters
Orang awam melintasi poster Euro 2020 yang dilekatkan di kawasan bangunan dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Bucharest Henri Coanda di Otopeni, Romania. FOTO Reuters
Reuters

PERSEKUTUAN Bola Sepak Romania (FRF) berkata mereka akan memohon kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk menangguhkan saingan Euro 2020 berikutan penularan konoravirus ketika sesi persidangan video tergempar yang dianjurkan badan induk bola sepak Eropah itu yang dijadual diadakan, hari ini.

Bucharest ibu negara Romania menjadi salah satu daripada 12 bandar yang dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun hingga 12 Julai itu.

“Melindungi komuniti keluarga bola sepak dan kesihatan orang awam menerusi langkah-langkah yang disyorkan pihak berkuasa Romania dan antarabangsa adalah salah satu tanggungjawab utama FRF ketika ini,” kata badan induk itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Presiden FRF, Razvan Burnleanu yang akan mengambil bahagian pada sesi persidangan video itu, berkata keputusan menangguhkan saingan Euro 2020 akan membolehkan kejohanan di peringkat domestik ditamatkan.

FRF sebelum ini menangguhkan semua perlawanan di negara itu susulan penularan koronavirus.

Romania dijadual berdepan Iceland pada aksi separuh akhir kelayakan Euro 2020 pada 26 Mac ini bagi perebutan tempat ke pusingan seterusnya menentang sama ada Bulgaria atau Hungary.

Pemenang dalam perlawanan itu akan menyertai Kumpulan C bersama Belanda, Ukraine dan Austria.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 10:33 AM