REAKSI Quaison meraikan jaringan selepas menewaskan penjaga gol Romania, Ciprian Anton Tatarusanu di Solna. - FOTO AFP
REAKSI Quaison meraikan jaringan selepas menewaskan penjaga gol Romania, Ciprian Anton Tatarusanu di Solna. - FOTO AFP
Agensi

JARINGAN Robin Quaison dan Victor Claesson pada babak pertama membantu kemenangan 2-1 Sweden ke atas Romania dalam aksi pembukaan kelayakan Euro 2020 Kumpulan F di Friends Arena, Solna awal pagi tadi.

Selepas permulaan perlahan kedua-dua pasukan, Quaison menjaringkan gol pendahuluan Sweden pada minit ke-33 selepas mendapat hantaran Ludwig Augustinsson daripada sebelah kiri untuk jaringan ketiganya dalam tujuh penampilan antarabangsa.

Pemain berasal dari Stockholm berusia 25 tahun itu turut terbabit merencana jaringan kedua apabila percubaannya terkena pertahanan lawan sebelum pemain sayap Viktor Claesson pantas menyambar bola muntah dan merembat kencang dari luar kotak penalti.

Romania meningkatkan tempo permainan pada babak kedua dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Claudiu Keseru yang menanduk masuk hantaran Razvan Marin pada minit ke-58.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan F, Malta yang kehilangan Andrei Aguis pada minit ke-62 akibat kad merah masih mampu menewaskan Faroe Island 2-1 dengan Kyrian Nwoko membuka tirai jaringan dan Steve Borg menambah gol kedua sementara Jakup Thomsen menjaringkan gol pelawat pada minit ke-98.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019 @ 9:45 AM