UKRAINE ketika bertemu England dalam aksi kelayakan Euro. FOTO APF
UKRAINE ketika bertemu England dalam aksi kelayakan Euro. FOTO APF
Reuters

Kyiv: Ukraine akan terus beraksi perlawanan Kelayakan Euro 2024 walaupun kerajaan mengharamkan pasukan kebangsaan Ukraine mengambil bahagian dalam pertandingan yang membabitkan penyertaan dari Russia dan Belarus, kata kenyataan negara itu.

Kyiv sebelum ini mengenakan larangan itu yang turut membabitkan Olimpik, bukan Olimpik dan Paralimpik selepas pencerobohan Moscow ke atas Ukraine dan penggunaan Belarus sebagai tempat persinggahan pencerobohan itu.

Ketua Persatuan Bola Sepak Ukraine, Andriy Pavelko, mengeluarkan kenyataan di Facebook yang mana kementerian sukan menggariskan keputusan untuk membenarkan Ukraine bermain dalam kelayakan Euro 2024 walaupun Belarus turut mengambil bahagian.

"Pasukan kebangsaan Ukraine akan meneruskan aksi kelayakan ke Kejohanan Eropah 2024," tulisnya di Facebook.

Ukraine diletakkan dalam Kumpulan C yang turut membabitkan pasukan England, Itali, Macedonia Utara dan Malta.

Belarus berada dalam Kumpulan I bersama Israel, Andorra, Kosovo, Romania dan Switzerland.

Mereka sebelum ini tewas 2-0 pada aksi pembukaan kepada England yang mendahului carta kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan. Ukraine berada di tangga kedua dijadual bertemu Macedonia Utara, 16 Jun ini.

Selepas pencerobohan Ukraine tahun lalu yang digelar Moscow sebagai operasi ketenteraan khas, Rusia dihalang menyertai kejohanan Eropah oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2023 @ 8:45 AM