ALMIRON meraikan gol keduanya ketika Newcastle menumpaskan West Bromwich 2-0 seterusnya mara ke suku akhir Piala FA. FOTO Reuters
ALMIRON meraikan gol keduanya ketika Newcastle menumpaskan West Bromwich 2-0 seterusnya mara ke suku akhir Piala FA. FOTO Reuters
Reuters

DUA gol daripada Miguel Almiron membantu Newcastle United mara ke suku akhir Piala FA buat kali pertama sejak 2006 hasil kemenangan 3-2 ke atas pasukan divisyen dua, West Bromwich Albion.

Joelinton memperoleh peluang awal untuk menjaringkan gol namun tandukannya tersasar dan percubaan kali kedua penyerang Brazil itu diselamatkan penjaga gol, Jonathan Bond.

Allan Saint Maximin melakukan percubaan namun terkena palang dan gerakan solo pada minit ke-33 diumpan kepada Almiron sebelum pemain antarabangsa Paraguay itu menyudahkannya.

Almiron memperoleh jaringan kedua sebelum rehat dan hasil gabungannya bersama Saint Maximin membolehkan The Magpies menambah gol ketika yang disempurnakan Valentino Lazaro.

Tuan rumah bangkit pada babak kedua dengan percubaan Kyle Edwards terkena palang namun Matt Phillips berjaya memecahkan kebuntuan dan disusuli gol kedua oleh Kenneth Zohore.

Kebangkitan saat akhir West Bromwich gagal untuk menghalang Newcastle daripada mara ke suku akhir Piala FA.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 6:46 AM