JOELINTON menjaringkan gol kedua Newcastle di  Goodison Park. FOTO Reuters
JOELINTON menjaringkan gol kedua Newcastle di Goodison Park. FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Newcastle United semakin hampir layak ke Liga Juara-Juara kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas menewaskan Everton 4-1 di Goodison Park awal pagi tadi.

Skuad Eddie Howe tidak beraksi pada tahap terbaik tetapi tetap sukar dicabar Toffees yang menyaksikan Callum Wilson menjaringkan dua gol.

Joelinton dan Jacob Murphy turut menemui sasaran untuk meletakkan Newcastle lapan mata di depan pasukan di tangga kelima Aston Villa dengan berkelebihan satu perlawanan.

"Babak pertama tidak sempurna tetapi selepas rehat sangat bagus, kami jaringkan gol beberapa gol menarik," kata Howe.

"Babak kedua kami kami benar-benar meletakkan kaki di atas padang dan menunjukkan kemampuan sebenar."

Everton masih kekal di zon penyingkiran, dua mata di bawah zon selamat dan berdepan tugas sukar untuk mengekalkan kedudukan selama 69 tahun dalam saingan liga tertinggi Inggeris.

Tiada pasukan menjaringkan paling kurang gol berbanding Everton dalam aksi Liga Perdana musim ini dan mereka dihukum akibat ketumpulan penyudah walaupun bermula dengan garang.

"Perlawanan berubah pada babak kedua dan itu yang kami perlu ubah," kata pengurus Everton Sean Dyche. "Ketika 2-0 ia sukar tetapi reaksi kami sangat lembut."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2023 @ 7:48 AM